Analisis Program Pameran Penapisan Air
Jadual 1 menunjukkan jawapan borang maklum
balas murid mengikut item
Bil.
|
Item
|
Ya
|
Tidak
|
1.
|
Tempoh masa pameran dijalankan sesuai
|
32
|
18
|
2.
|
Tempat pameran dijalankan sesuai
|
41
|
9
|
3.
|
Kit penapisan air menarik
|
27
|
23
|
4.
|
Guru berjaya menjalankan pameran ini dengan berkesan
|
40
|
10
|
5.
|
Anda faham bagaimana kit penapisan air ini berfungsi
|
28
|
22
|
6.
|
Penerangan daripada guru mudah difahami
|
33
|
17
|
7.
|
Anda lebih memahami mengenai cara-cara menapis air
daripada pameran ini.
|
35
|
15
|
8.
|
Kit penapis air ini dapat membantu mengurangkan
pencemaran air di sekolah ini
|
37
|
13
|
Jadual 2 menunjukkan hasil dapatan borang
maklum balas murid dalam bentuk peratus(%)
Bil.
|
Item
|
Ya (%)
|
Tidak(%)
|
1.
|
Tempoh masa pameran dijalankan sesuai
|
80
|
20
|
2.
|
Tempat pameran dijalankan sesuai
|
82
|
18
|
3.
|
Kit penapisan air menarik
|
54
|
46
|
4.
|
Guru berjaya menjalankan pameran ini dengan berkesan
|
80
|
20
|
5.
|
Anda faham bagaimana kit penapisan air ini berfungsi
|
56
|
44
|
6.
|
Penerangan daripada guru mudah difahami
|
66
|
34
|
7.
|
Anda lebih memahami mengenai cara-cara menapis air
daripada pameran ini.
|
70
|
30
|
8.
|
Kit penapis air ini dapat membantu mengurangkan
pencemaran air di sekolah ini
|
74
|
26
|
Graf bar menunjukkan peratus maklum balas
murid dalam bentuk graf bar bagi item-item maklum balas murid.
Rajah 1 : Peratus maklum balas murid secara
keseluruhan mengikut semua item
Petunjuk
Item
|
Item
|
1
|
Tempoh masa pameran dijalankan sesuai
|
2
|
Tempat pameran dijalankan sesuai
|
3
|
Kit penapisan air menarik
|
4
|
Guru berjaya menjalankan pameran ini dengan berkesan
|
5
|
Anda faham bagaimana kit penapisan air ini berfungsi
|
6
|
Penerangan daripada guru mudah difahami
|
7
|
Anda lebih memahami mengenai cara-cara menapis air
daripada pameran ini.
|
8
|
Kit penapis air ini dapat membantu mengurangkan
pencemaran air di sekolah ini
|
Rajah 2 : Graf bar mengenai kesesuaian
tempoh masa pameran
Jadual 1 dan 2
menunjukkan bilangan item maklum balas murid yang telah diperolehi menerusi
program pameran Penapisan Air.
Berdasarkan maklumat yang telah diperoleh, dalam rajah 2 didapati 80%
murid bersetuju bahawa tempoh pameran dijalankan adalah sesuai. Pameran ini
dijalankan selama 2 jam. Setiap kelas diberi masa untuk datang ke pameran yang
telah diadakan ini di mana setiap kelas diberi masa selama 20-30 minit per
kelas. Namun begitu, bukan semua murid berkesempatan mengunjungi pameran
Penapisan Air dalam tempoh yang diberikan. Ada yang hanya berpeluang meluangkan
masa selama 5-10 minit sahaja kerana guru yang mengajar mereka pada waktu itu
tidak membenarkan mereka keluar awal pada masa yang ditetapkan.
Rajah 3 : Graf bar mengenai kesesuaian
tempat pameran
Merujuk kepada
dapatan bagi item kedua di dalam rajah 3 pula iaitu tempat pameran dijalankan
kondusif, didapati bahawa 82% daripada bilangan murid bersetuju bahawa tempat
pameran dijalankan adalah kondusif. Program Pameran Penapisan Air ini telah
dijalankan di dewan terbuka sekolah. Suasana dewan terbuka ini adalah lebih
selesa bagi murid untuk keluar masuk serta melihat pameran yang dijalankan.
Susun atur kerusi, meja dan bahan-bahan pameran yang sesuai dan memudahkan
penglihatan murit turut menyumbang kepada keselesaan murid mengikuti pameran
yang dijalankan. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir murid yang
berebut untuk duduk di barisan hadapan dan bertindak menghalang murid lain
menghayati pameran yang dijalankan. Ini merupakan antara faktor yang tela
mneyumbang kepada ketidakpuasan hati segelinitr murid mengenai tahap kondusif sesuatu
tempat itu.
Rajah 4 : Graf
bar menunjukkan kit penapisan air menarik
Program Pameran
Penapisan Air ini juga didapati telah dapat menarik minat murid dengan kit
penapisan air yang telah ditunjukkan kepada mereka. Menerusi item ketiga di
dalam rajah 4, 54% murid bersetuju bahawa kit penapisan air yang telah guru
tunjukkan adalah menarik. Bahan-bahan yang guru gunakan untuk menapis air
menerusi kit penapisan air seperti batu kerikil, kapas, dan lain-lain turut
menyumbang kepada dapatan ini 46% murid merasakan kit penapisan air yang guru
tunjukkan adalah tidak menarik. Hal ini terjadi kerana murid-murid telah
terdedah dengan lambakan produk yang terdapat di pasaran yang lebih menarik,
moden dan lebih canggih.
Rajah 5 : Graf bar mengenai keberkesanan
pameran
Menerusi item
keempat,dalam rajah 5 didapati bahawa 80% murid bersetuju bahawa guru telah
berjaya melaksana pameran dengan baik dan jayanya. Layanan baik yang teah
mereka terima sepanjang mengunjungi pameran yang guru lakukan ini juga menjadi
penyumbang kepada dapatan seperti. Guru-guru juga telah melakukan inisiatif
yang sangat baik bagi menarik minat murid mengunjungi pameran yang telah
diadakan. 46% murid merasakan guru tidak menjalankan pameran dengan baik
mungkin kerana persoalan mereka utarakan kepada guru mengenai kit penapisan air
tidak sempat untuk dijawab oleh guru semasa sesi pameran dijalankan kerana
kekangan dari segi masa.
Rajah 6 : Graf bar menunjukkan kefahaman
mengenai fungsi kit penapisan air
54% murid
mengakui bahawa mereka memahami bagaimana kit penapisan air yang ditunjukkan
semasa pameran berfungsi berdasarkan dalam rajah 6. Ini bermaksud murid-murid
faham dan ingat bagaimana kit penpisan ini melakukan tugasnya untuk menapis
air. Murid-murid juga jelas dengan sebab-sebab bahan seperti batu, pasir dan
lain-lain yang digunakan dalam pameran ini. 46% murid mengakui bahaw mereka
tidak memhami fungsi kit penapisan air yang guru tunjuk kepada mereka.
Rajah 7 : Graf bar mengenai penerangan guru
Selain itu, berdasarkan rajah 7 didapati bahawa 66% murid
yang menghadiri pameran ini bersetuju bahawa penerangan yang guru berikan mudah
difahami. Ini adalah kerana guru menggunakan laras bahasa yang tidak terlalu
tinggi dan mengikut tahap murid. Penggunaan bahasa ringkas oleh guru juga
menyumbang kepada dapatan seperti ini. Namun begitu, 34% merasakan bahawa
penerangan guru tidak difahami. Ini mungkin disebabkan oleh guru menerangkan
secara langsung tanpa bantuan tulisan kepada mereka seperti di dalam kelas. Semua
murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri.
Rajah 8 : Graf bar mengenai cara-cara
menapis air
Menerusi program
pameran penapisan air ini juga didapati bahawa 70% murid memahami cara-cara
menapis air menggunakan kit penapisan air berdasarkan rajah 8. Program pameran
ini juga didapati telah dapat membuka minda murid mengenai bagaimana air
ditapis ke rumah-rumah mereka. Sebelum ini murid tidak didedahkan dengan
perkara seperti ini dan mereka tiada pengetahuan pun mengenai bagaimana air
ditapis. Namun begitu, 30% murid tidak memahami cara-cara penapisan air ini
dilakukan. Hal ini kerana ini merupakan kali pertama mereka berpengalaman
melihat cara air ditapis.
Rajah 9 : Graf bar mengenai kesedaran
menjaga alam sekitar
Berdasarkan
rajah 9, didapati bahawa 74% murid juga bersetuju bahawa kadar pencemaran air
dapat diturunkan selepas mengunjungi
pameran yang telah dijalankan. Hal ini kerana program pameran ini telah
memberi pendedahan dan juga kesedaran
kepada mereka mengenai kepentingan menjaga alam sekitar terutamanya sungai
kita. Sungai merupakan sumber air yang penting bagi kehidupan kita, Jika
kebersihan sungai tidak dipelihara, ini akan memudaratkan tahap kesihatan
manusia.
No comments:
Post a Comment