Penambahbaikan Inovasi
Alhamdulillah,
segala yang dirancang telah berjalan dengan jayanya. Namun demikian, terdapat
sedikit penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi memantapkan lagi program
dan inovasi ini.
Antara
penambahbaikan yang dapat dilakukan ke atas inovasi tersebut adalah guru perlu membuat
satu rakaman video mengenai bagaimana cara membuat model penapisan air tersebut
daripada hanya menerangkan bagaimana membina model tersebut melalui tayangan
slaid. Dengan tayangan video tersebut, membolehkan murid lebih mempunyai
kefahaman yang mendalam dan gambaran yang lebih jelas terhadap cara membina
model penapisan air ini.
Penambahbaikan
yang lain adalah mengenai model penapisan air tersebut. Model tersebut
seharusnya dibina dalam pelbagai saiz. Sebagai contoh, guru juga boleh membina
model penapisan air dari botol yang bersaiz kecil. Ini adalah untuk memberi
idea kepada murid dan seterusnya menggalakkan murid untuk mencuba membina ia
ketika dirumah. Saiz model yang lebih kecil adalah lebih fleksibel, ringan,
mudah didapati (botol mudah didapati) dan mudah dibawa oleh murid. Untuk itu,
ini secara tidak langsung, dengan pengenalan kepada model penapisan air yang
lebih kecil skalanya akan menggalakkan murid untuk mencuba membinanya ketika di
rumah.
Seterusnya,
adalah dari aspek pengendalian program pameran untuk inovasi penapisan air.
Pengenalan model inovasi kepada murid atau pelawat yang melawat ke pameran
adalah melalui tayangan video. Untuk itu, antara penambahbaikan yang dapat
dilaksanakan adalah menwujudkan satu slot membina model penapisan air ini
bersama murid ketika berlangsungnya hari pameran Sains tersebut. Ini adalah
untuk memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman membina model
penapis air sendiri.
Antara
penambahbaikan lain adalah dari aspek meluaskan lagi kumpulan sasaran iaitu dengan
menayangkan tayangan video dan slaid mengenai model penapisan air dan
kepentingan menjaga kebersihan air kepada seluruh warga sekolah. Peluang ini
dapat dijalankan ketika perhimpunan di sekolah. Untuk itu, mesej murni ini
dapat disampaikan kepada seluruh warga sekolah dan ini tentunya dapat
memberikan lebih banyak manfaat kerana mesej mengenai kesedaran dalam menjaga
kebersihan air dapat diperluas kepada lebih ramai respondan. Penambahbaikan ini
perlu dilakukan kerana pelaksanaan inovasi yang telah dilakukan ketika di
Minggu Sains yang lalu, hanya terhad kepada pengunjung yang berpeluang melawat
ke pameran kami sahaja. Untuk itu, jika ia dilakukan ketika di perhimpunan maka
ilmu yang baharu dan mesej yang murni ini akan dapat diperoleh kepada semua
warga sekolah.
Penambahbaikan
yang terakhir adalah dari aspek model inovasi tersebut. Model yang telah dibina
tidak dapat ditegakkan dengan kukuh secara sendiri. Model ini memerlukan guru
untuk memegangnya bagi membolehkan berlakunya proses penapisan air berjalan
dengan lancar. Ini menjadikan pengendalian menggunakan model tersebut untuk melaksanakan
poses penapisan air adalah sukar. Saiz
model yang besar, berat dan perlu dipegang bagi menegakkan botol (model)
menjadikan ia tidak mesra pengguna. Untuk itu, penambahbaikannya adalah dengan
meningkatkan lagi nilai komersial model penapis air tersebut iaitu dengan
mencipta model tersebut yang dapat berdiri tegak, dan tidak berat.
No comments:
Post a Comment