Nama : Muhammad Aizzat Syazwan Bin Basir
Semester : 8 PISMP Sains
Nama projek : Kit penapis air
Sekolah : Sekolah Kebangsaaan Taman Pantai Sepang Putra
Pengenalan
:
Pencemaran alam sekitar pada masa kini kian meruncing. Pencemaran
air yang terjadi di kawasan sekolah tempat kami berinternship telah membuka
mata kami bagi merancang serta menghasilkan satu kit yang mampu berfungsi untuk
menapis air yang mempunyai kotoran, mendapan dan lain-lain lagi bagi
mengurangkan masalah pencemaran air. Oleh itu adalah diharap bahawa dengan
penghasilan kit ini, dapat mengurangkan pencemaran air.
Objektif
:
1. Mengurangkan masalah pencemaran air.
2. Memberi panduan kepada masyarakat umum bagaimana untuk
memainkan peranan mereka dalam mengurangkan pencemaran air.
3. Memberikan kesedaran kepada masyarakat umum mengenai
pencemaran air.
Strategi
pelaksanaan :
Beberapa langkah telah diambil dalam memastikan
penghasilan kit ini supaya berjalan lancar.
Merujuk kepada carta alir di atas, perkara pertama yang
kami lakukan adalah mengadakan perbincangan bagi memutuskan perkara yang akan
di fokus dalam tugasan ini. Akhirnya kami mencapai kata sepakat dengan memilih
isu pencemaran air. Ini kerana kami dapat melihat bahawa masalah pencemaran air
ini berlaku sekolah ini sendiri telah mengalami masalah yang berpunca daripada
pencemaran air.
Seterusnya kami telah membuat kajian mengenai apa yang
kami perlu lakukan dalam penghasilan kit penapis air ini. Kami telah membuat
bacaan dan mengumpulkan segala maklumat yang perlu dalam menghasilkan kit ini
dan kenapa ia perlu dilakukan.
Selepas itu, kami telah mengumpulkan bahan yang perlu dan
membina kit ini . Kami telah membuat demonstrasi penggunaan kit ini dan
mendapatkan maklum balas daripada pelawat yang melihat demonstrasi kami
mengenai kit penapis air.
Refleksi
:
1.
Kekuatan
Terdapat beberapa kekuatan yang telah kami kenal pasti
dalam penghasilan kit penapis air ini. Antaranya ialah, ia dapat memberi
panduan kepada murid-murid bagaimana untuk menghasilkan kit ini sendiri di
rumah. Ini sekali gus dapat mengurangkan masalah pencemaran air ini dalam skala
yang lebih besar apabila mereka menggunakan kit penapis air di rumah mereka
sendiri.
Selain itu, melalui penghasilan kit ini, ia dapat
memberikan kesedaran kepada warga sekolah mengenai masalah pencemaran air yang
semakin meruncing. Ini juga dapat membuka mata mereka mengenai pencemaran alam
sekitar dan turut serta dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
Pembinaan kit penapis air yang mudah juga dapat memastikan
semua peringkat umur mampu menghasilkan sendiri dan tidak memerlukan kos yang
tinggi untuk menghasilkannya. Ini juga bagi memastikan semua pihak dapat
memainkan peranan mereka dalam mengurangkan masalah pencemaran air.
2. Kelemahan
2.
Penambahbaikan
Antara penambahbaikan yang dapat dilakukan ke
atas inovasi tersebut adalah guru perlu membuat satu rakaman video mengenai
bagaimana cara membuat model penapisan air tersebut daripada hanya menerangkan
bagaimana membina model tersebut melalui tayangan slaid. Dengan tayangan video
tersebut, membolehkan murid lebih mempunyai kefahaman yang mendalam dan
gambaran yang lebih jelas terhadap cara membina model penapisan air ini.
Penambahbaikan yang lain adalah mengenai
model penapisan air tersebut. Model tersebut seharusnya dibina dalam pelbagai
saiz. Sebagai contoh, guru juga boleh membina model penapisan air dari botol
yang bersaiz kecil. Ini adalah untuk memberi idea kepada murid dan seterusnya
menggalakkan murid untuk mencuba membina ia ketika dirumah. Saiz model yang
lebih kecil adalah lebih fleksibel, ringan, mudah didapati (botol mudah
didapati) dan mudah dibawa oleh murid. Untuk itu, ini secara tidak langsung,
dengan pengenalan kepada model penapisan air yang lebih kecil skalanya akan
menggalakkan murid untuk mencuba membinanya ketika di rumah.
Seterusnya, adalah dari aspek pengendalian
program pameran untuk inovasi penapisan air. Pengenalan model inovasi kepada
murid atau pelawat yang melawat ke pameran adalah melalui tayangan video. Untuk
itu, antara penambahbaikan yang dapat dilaksanakan adalah menwujudkan satu slot
membina model penapisan air ini bersama murid ketika berlangsungnya hari
pameran Sains tersebut. Ini adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk
mendapat pengalaman membina model penapis air sendiri.
Antara penambahbaikan lain adalah dari aspek
meluaskan lagi kumpulan sasaran iaitu dengan menayangkan tayangan video dan
slaid mengenai model penapisan air dan kepentingan menjaga kebersihan air
kepada seluruh warga sekolah. Peluang ini dapat dijalankan ketika perhimpunan
di sekolah. Untuk itu, mesej murni ini dapat disampaikan kepada seluruh warga
sekolah dan ini tentunya dapat memberikan lebih banyak manfaat kerana mesej
mengenai kesedaran dalam menjaga kebersihan air dapat diperluas kepada lebih
ramai respondan. Penambahbaikan ini perlu dilakukan kerana pelaksanaan inovasi yang
telah dilakukan ketika di Minggu Sains yang lalu, hanya terhad kepada
pengunjung yang berpeluang melawat ke pameran kami sahaja. Untuk itu, jika ia
dilakukan ketika di perhimpunan maka ilmu yang baharu dan mesej yang murni ini
akan dapat diperoleh kepada semua warga sekolah.
Penambahbaikan yang terakhir adalah dari
aspek model inovasi tersebut. Model yang telah dibina tidak dapat ditegakkan
dengan kukuh secara sendiri. Model ini memerlukan guru untuk memegangnya bagi
membolehkan berlakunya proses penapisan air berjalan dengan lancar. Ini
menjadikan pengendalian menggunakan model tersebut untuk melaksanakan poses
penapisan air adalah sukar. Saiz model
yang besar, berat dan perlu dipegang bagi menegakkan botol (model) menjadikan
ia tidak mesra pengguna. Untuk itu, penambahbaikannya adalah dengan
meningkatkan lagi nilai komersial model penapis air tersebut iaitu dengan
mencipta model tersebut yang dapat berdiri tegak, dan tidak berat.
No comments:
Post a Comment